Khamis, 21 Januari 2010

Tetamu Istimewa RimbunKasih (RK)

Rk dibina atas lidah tanah, lalu tumpu kawasan berpaya yang hanya akan dibanjiri air jika berlaku hujan lebat. Musim kering bulan Januari menyebabkan kawasan berpaya menjadi kering dan menjadi tumpuan burung-burung liar mencari serangga. Jika duduk di anjung sebelah barat; sesiapa saja pasti terpesona dengan kawasan berpaya itu. Di hadapan RK terdapat laman dua tingkat bersaiz kecil bersulam pohon kelapa. Laman belakang RK lebih luas menjadi tempat rehat dan parkir kenderaan abang, kakak, adik dan saudara apabila mengunjungi kami sekeluarga ketika musim perayaan dan setiap kali musim cuti. Kata orang tua, kedudukan RK menjadikannya 'dapur raja' yang bermaksud tidak putus-putus dikunjungi tetamu dan kini setelah 4 tahun, kami sekeluarga mengakui kata-kata lelaki itu. Laman hadapan menjadi tumpuan waktu malam untuk memerhati buruj, bintang dan sang kelip-kelip.

Tahun-tahun awal menghuni RK, kami sekeluarga sering terserempak dengan babi jantan tunggal yang sering melintasi kawasan berpaya, beberapa kali dapat melihat babi betina bersama anak-anaknya yang turut melintas kawasan yang sama, biawak air bersaiz XXL, sepasang memerang sungai, berbagai jenis burung yang hanya berhenti berkicau kala tengah hari, burung hantu (sudah lama tidak kelihatan) sepasang gembala kerbau yang sering mematuk pintu sorong RK; menjadikan RK seolah-olah berada di tengah-tengah safari!

Namun ada tetamu kecil istimewa yang paling memikat. Entah spesis apa yang menjadikan ranting pokok bunga berpasu di tepi pintu utama RK sebagai tempat tidurnya. Mungkin sudah 2 tahun dia tidur di situ dan kelakuannya seperti sudah mengenali kami sekeluarga. Kadang-kadang aku khuatir 'sang feline' akan menjadikan burung itu sebagai makan malamnya. Namun sehingga tampalan ini ditulis, dia masih selamat dan menjadi tetamu istimewa RK!

Isnin, 18 Januari 2010

SMS Durjana!

Memang hairan dengan tabiat manusia kerana mencari wang tanpa memikirkan sumbernya. Halal atau haram adalah perkara kedua, yang penting wang dan wang! Wang itu kemudiannya digunakan untuk mengisi perut yang kosong atau menaja perbelanjaan harian. Inilah kisah manusia yang semakin jauh dari Allah SWT dan hidup tanpa pegangan.

Ini adalah contoh SMS yang aku terima sepanjang minggu lepas :

1.Nikmati koleksi video peribadiku yang hebat dan panas! Sila hantar msg HP ke 013 4309756. Notice! Hanya untuk umur 18 tahun ke atas SHJ.

2.Sunyi? Anda dipilih utk menikmati modal kami yg panas. Utk mendapat Koleksi Video Peribadi yg hangat tersebut, sila balas Ya. Warning! Hanya untuk umur 18 Keatas - 0134384607

Begitulah bnyi SMS yang aku terima dan aku turunkan tanpa membuat sebarang perubahan dari segi bahasa dan perkataan. Inilah manusia durjana yang cuba mendapatkan wang secara tanpa reda Allah SWT. Aku benar-benar marah dengan perbauatan manusia ini kerana aku andaikan manusia ini tidak mahu melakukan kerja halal dan begitu gemar melakukan kerja haram! Aku nasihatkan dua individu ini segera bertaubat!

Khamis, 14 Januari 2010

Kisah Percuma Untuk Anda!

Setelah beberapa hari internet buat hal dan jari jemari begitu gatal untuk mengetuk papan kekunci, akhirnya timbul suatu idea untuk pembaca secara percuma. Dalam kekalutan tugas (biasalah awal tahun), aku mula merangka watak-watak fantasi sebuah kerajaan kecil di pinggir sebuah hutan. Jadi aku bakal hidangkan sebuah kisah sekumpulan beruk mencipta keajaiban kehidupan mereka seharian. Kisah ini bukan bertujuan mengkritik. Apatah lagi suatu ketika dulu perkataan 'beruk' ini telah menyebabkan negara bergegar! Ini kisah biasa sekumpulan beruk yang gawat seperti juga kehidupan manusia.

Gambar di atas adalah ketua kerajaan beruk bernama BerukBapak sedang merenung jauh kehidupan yang bakal aku hidangkan secara percuma. Masih dalam perancangan dan Insya Allah akan disenaraikan di sebelah kanan blog ini tidak lama lagi. Kira-kita inilah projek percuma 2010; sesuatu yang belum pernah aku lakukan sebelum ini.

Selasa, 5 Januari 2010

Pokok Facebook!

Selepas Asar dua hari lepas, seperti biasa aku akan nikmati 'teh medium' di sebuah kedai makan yang terdapat di pekan ini. Aku dapati satu notis tentang amalan main judi ekor tertampal di batang pokok 'payung Indonesia'. Sungguh murni si penulis berbanding si munafik penulis surat layang yang cuba menyampaikan dakwah kepada penggila ekor. Selepas sehari, notis itu bertambah dari satu ke satu peringatan termasuk kritikan yang memarahi si penulis notis peringatan itu. Dan aku akan masukkan gambar terbaru selewat-lewatnya esok untuk melihat perkembangan 'pohon facebook' ini.

Isnin, 4 Januari 2010

Ini Milik Peribadi Umat Islam!

Sebenarnya perkataan di atas adalah milik peribadi umat Islam. Jadi janganlah para kafir cuba menjadikan nama tersebut milik mereka kerana mereka tidak pernah mempercayai kewujudan Allah SWT. Jadi mana mungkin mereka mendakwa mereka juga berhak menggunakan nama tersebut untuk merujuk kepada tuhan mereka. Mereka masih mempunyai banyak pilihan untuk menamakan tuhan mereka jika tuhan mereka masih belum bernama, tetapi janganlah pula mengambil nama tuhan orang lain. Nampaknya orang bukan Islam semakin cuba bermain api dan aku bangga melihat reaksi orang Islam yang ditayangkan oleh TV dan akhbar. Memang semangat dan aku rasa sudah sampai masanya orang Islam Malaysia bersatu dan lupakan seketika isu kepartian.

Dulu semasa bekerja di Sarawak, aku pernah mengikuti majlis perkahwinan kawan sekerja beragama Kristian dan aku dapati mereka berdoa menggunakan nama Allah. Pada sangkaan aku mungkin SIB berdoa begitu. Terpulanglah. Tetapi tindakan menuntut hak menggunakan nama Allah bagi tuhan mereka memang melampau! Maka bersatulah umat Islam Malaysia! Buktikan keimanan saudara dengan menyatakan bantahan secara berterusan!