Isnin, 23 November 2009

Salam AidilAdha

Istimewa buat semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia -
Selamat Melakukan Ibadah Korban.
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan itu mendapat pembalasan yang setimpal dari
Allah SWT
InsyaAllah

Ahad, 15 November 2009

Apa Ni BERNAMA?

Tiada kata untuk aku tuturkan apabila menonton rancangan bual bicara BERNAMA petang Khamis yang lalu. Rancangan 1Konsumer ( bukan 1Pengguna) mengundang dua orang panel dan salah seorang darinya memakai sari seperti di bawah:Apa sudah jadi? Bangang sangatkah penerbit rancangan ini? Malas cakap!!!

Khamis, 12 November 2009

Musim Tengkujuh Telah Bermula

Ini bukan kisah kumpulan muzik Hujan tetapi hujan yang turun lebat sepanjang minggu lepas hingga tumpu minggu ini. Aku pernah terbaca esei pendek di sebuah masjid yang mengatakan bahawa Allah SWT telah menentukan jumlah hujan yang turun sepanjang tahun adalah sama. Ini bermakna tidak kurang walau setitik antara satu tahun dengan tahun yang lain. Namun seminggu dua ini hujan betul-betul lebat. Semalam hujan turun lebat sepanjang malam dan kesannya pagi ini berlaku banjir. Jumlah pelajar berkurang dan sebilangan besar guru-guru teramsuk tuan pengetua tersekat apabila laluan ditenggelami air. Aku segera teringatkan sahabat aku Si Kerian. Aku berharap dia tidak mengamuk tahun ini kerana jika Si Kerian mengamuk, buruk padahnya. Sudah lama Si Kerian berdiam diri dan jika dia mengamuk, aku rasa sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Pagi ini cuaca cerah tetapi aku dapat rasakan lewat petang nanti hujan akan turun lagi! Mudah-mudahan Si Kerian tidak mengamuk.

Ahad, 8 November 2009

Jangan Terkejut Apabila MyKad Anda Tidak Laku!

Hari Jumaat yang lalu aku berurusan di kaunter Maybank untuk membuka akaun simpanan buat puteri sulung aku. Beberapa hari sebelum itu, aku sudah dapatkan borang dan bertanya apa yang perlu aku sertakan untuk membuka akaun tersebut. Jawapannya; fotostat mykad depan belakang. Puteri sulung aku segera mengumpul wang untuk membuka akaun simpanan.

Tetapi malangnya apabila aku bertemu dengan pegawai (?) bank yang baru duduk di kerusinya sambil mencuci gigi dengan lidahnya ( mungkin baru selesai sarapan ), aku dikecewakan dengan soalan ' mana fotostat surat beranak?'. Jadi aku jelaskan puteri aku sudah berusia 16 tahun dan dia mempunyai MyKad. Pegawai itu membalas mereka perlu surat beranak! Itu prosedur bank dan pegawai atasannya memberi arahan setiap pelanggan yang bakal membuka akaun perlu tunjukkan surat beranak. Aku persoal, tidak cukupkah dengan Mykad yang diperakui sebagai canggih tu. Balas pegawai itu - perlu surat beranak juga!

Aku benar-benar panas dengan karenah ini. Sudahlah tidak sebarang notis apa yang perlu dilakukan oleh bakal pemilik akaun apabila ingin membuka akaun di bank tersebut. Pegawai yan bermuka poyo itu lansung tidak bertolak ansur. Aku minta untuk bertemu dengan pegawai yang mempunyai kuasa bagi menyelesaikan perkara tersebut dan dia cuba mengelak. Jelaslah bank bodoh ini telah mengambil pegawai bodoh untuk bekerja bagi menonjolkan kebodohan mereka! Aku benar-benar panas! Aku lihat wajah puteri sulung aku sudah tidak bersemangat lagi.

Lalu aku keluar dari bank yang 'bankrap' nilai kemanusiaan ini dan singgah di bank sebelah. Aku tanya apa yang perlu aku bawa jika mahu buka akaun simpanan. Jawab pegawai tesebut - Mykad! Aku tanya lagi - tak perlu surat beranak?. Jawabnya - dah ada Mykad tak perlu surat beranak! Lantas aku minta borang dan pegawai itu kata - saya akan tolong isikan.



Akhirnya puteri sulung aku memiliki sebuah buku akaun simpanan Agrobank!