Isnin, 26 April 2010

The Prince

Niccolo Machiavelli telah menulis sebuah buku dari beberapa buah buku pada tahun 1523 dengan judul mudah The Prince. Buku ini asalnya bersifat anti-Crist dan dihasilkan ketika manusia Eropah mula ragu-ragu terhadap unsur ketuhanan, tetapi kini buku ini seolah-olah menjadi bacaan wajib para politikus moden dan terdapat ramai politikus moden mengamalkan doktrin yang disyorkan oleh Machiavelli melalui buku tersebut. Bagi Machiavelli, politik bertujuan memperoleh dan mempertahankan kekuasaan yang telah dimiliki. Dan di dalam The Prince terdapat kaedah bagaimana individu itu dapat memperoleh kuasa dan seterusnya mempertahankan kekuasaan itu. Bagi Machiavelli virtu adalah pesona yang harus dimiliki oleh pemerintah untuk memerintah, mentadbir dan mengurus serta meningkatkan tahap kekuasaannya. Machiavelli juga menegaskan seorang pemerintah yang memiliki virtu sanggup melakukan kekejaman hanya untuk kuasa Virtu adalah ibu segala kekuasaan. Penghubung antara virtu dengan kuasa adalah fortuna. Fortuna boleh diistilahkan sebagai sifat dengk, penderitaan dan sengsara.

Jadi aku tertanya-tanya adakah politikus di Malaysia mengamalkan doktrin The Prince - matlamat menghalalkan cara!

Rabu, 21 April 2010

Minggu Tanpa TV

Ketul hitam nipis di sudut dinding itu memang berhantu. Menghantui kehidupan aku, isteri aku dan puteri-puteri aku. Memang setiap hari pulang saja dari sekolah, ketul hitam nipis itu akan terus merasuk puteri-puteri aku yang keletihan hingga lewat malam. Jadi aku mungkin akan menyertai kempen FOMCA seminggu tanpa menatap kerasukan ketul hitam nipis di dinding rumah. Mulai hari ini kempen 'Minggu Tidak Menonton TV' dilancarkan sehingga 27 April ini. Sama-sama kita menyokong kempen baik ini.

Alamak Fringe semakin menarik!

Khamis, 15 April 2010

Lebih Baik Jual Cendol...

Sebenarnya aku tidak terkejut apabila seorang menteri yang bertanggungjawab mengatakan urusan penjualan buku tahun lepas melibatkan sejumlah wang bernilai RM2.1 bilion. Memang benar belum ada seorang penulis atau pengarang buku di Malaysia yang menjadi jutawan walaupun angka yang didedahkan itu mampu melahirkan lebih dari seorang jutawan di kalangan penulis dan pengarang di Malaysia. Jadi minggu lepas aku bertemu bekas pelajar aku di pintu depan sebuah bank dan bila aku tanya kerja apa sekarang? Masih jual cendol di pasar malam? Ya... jawabnya tanpa segan silu seperti dulu. Apa tidaknya sebungkus cendol mutiaranya RM2 dan dia mampu menjual antara 150 hingga 200 bungkus setiap malam dan dalam sebulan dia menjual di setiap pasar malam selama 30 hari! Jadi aku mencongak...RM9000.00!!!

Jadi lebih baik jual cendol...

Ahad, 11 April 2010

Faacceeeebbooookkkkkk...

Kemunculannya telah mendatangkan impak yang cukup besar terhadap dunia pengunjung, pengguna dan penagih internet. Suatu laman sosial yang memberikan kesan yang cukup besar dan dirasakan lebih mudah untuk menarik minat pengguna dunia maya ni. Malah kemunculan laman sosial yang agak lewat ini berjaya meninggalkan pesaing yang lebih senior. FB berjaya menarik minat sesiapa sahaja termasuk sesebuah kerajaan, parti politik, tokoh politik; apatah lagi manusia lain yang memang mencandui perubahan-perubahan yang sentiasa berlaku dalam dunia maya ini. Sukar untuk mengatakan setiap pengunjung maya yang sudah memiliki blog atau website; tidak mendaftarkan diri dalam FB. FB juga telah memberi impak maksima terhadap beberapa artis Malaysia yang akhirnya mengaku kalah kesan penangan lama sosial ini.

Kesimpulannya, aku juga teruja dengan laman sosial ini!

Ahad, 4 April 2010

Hei, Bukan Perokok Tegar!

Isteri aku kata dia bersuamikan seorang perokok tegar. Ahh... aku sedih memikirkan situasi isteri aku yang terpaksa berhadapan dengan karenah aku sebagai suaminya yang merupakan perokok tegar! Itu yang buatkan aku amat sayang isteri aku dan aku sering beroda agar dia mendapat pembalasan yang setimpal dari Allah SWT kerana bersabar dengan kelemahan aku. Mungkin aku tidak sebaik dengan suami orang lain yang bukan perokok. Tetapi aku kata dia amat bahagia kerana suaminya ini bukan perogol atau pencabul, pemabuk, pencuri, perompak dan entah berapa lagi perkataan lain yang negatif bermula dengan huruf 'p'. Dia benar-benar isteri yang sabar!!! Aku adalah perokok, jadi salahkah? Banyak sangat la hinaan yang mereka lemparkan secara sipi untuk aku. Malah ada yang sebarkan fitnah kerana aku perokok! Aku segera menilai di mana kehebatan mereka berbanding aku Aku perokok tegar dan mereka pemfitnah tegar!

Untuk isteri tersayang, terus bersabar.