Ahad, 31 Mei 2009

Chin Peng : Harus dibicarakan!

Tanpa ribut dan taufan, tiba-tiba seorang lelaki mencadangkan agar manusia paling keji di Malaysia, iaitu Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini. Entah syaitan mana yang merasuk lelaki ini atau mungkin juga dia mendapat mimpi tentang lelaki kejam hingga dia sanggup mencadangkan agar ketua komunis ini dibenarkan pulang atas alasan simpati dan atas dasar kemanusiaan. Aku menjadi hairan dan tersentak, kenapa dalam situasi begini, seorang ahli politik begitu sanggup mengeluarkan kenyataan begitu. Bukankah Chin Peng terkenal sebagai pembunuh dan seeloknya Malaysia mendakwa lelaki keji itu atas kesalahan jenayah perang dan bukannya membenarkan dia pulang ke negara ini.

Bagaimana perasaan mereka yang berjuang menentang komunis jika lelaki keji ini dibenarkan pulang dan mungkin juga disanjung oleh manusia keji yang memang terdapat di negara ini sekarang. Sanggupkah kita mengguris perasaan pejuang-pejuang negara hanya kerana seorang lelaki tua yang pernah menyembelih orang kampung, membunuh anggota polis dan tentera dan rata-rata mereka adalah orang Melayu? Orang yang mengeluarkan cadangan ini bukan buta sejarah tetapi hanya mahu menguji kesabaran orang Melayu! Dan bagi diri aku ujian ini akan berterusan jika orang Melayu terus bertelagah sesama sendiri.

Isnin, 25 Mei 2009

Catatan Tentang Manusia Kejam

Dalam sejarah dunia muncul sejumlah besar manusia kejam dan zalim. Dari catatan sejarah terawal sudah tersenarai manusia kejam. Bangsa Yahudi terus-terusan melaksanakan kekejaman terhadap orang Islam hanya kerana pegangan karut mereka bahawa mereka adalah 'bangsa pilihan'. Begitu juga kaum Jahiliah ketika Nabi Muhammad SAW memulakan dakwah. Sementara dalam catatan sejarah moden, sudah pasti kita tidak dapat melupakan Adolf Hitler, Hirohito, Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic, Pol Pot dan Bush ( anak beranak ). Mungkin ramai lagi individu yang tidak disenaraikan di sini. Mereka berfungsi sebagai mesin yang membunuh dan menghapuskan manusia kerana isu agama dan bangsa.

Cuma aku ingin bertanya adakah di tempat kerja anda ada manusia kejam yang suka menikam dari belakang atau memijak kepala anda untuk naik ke atas? Penilaian anda akan menentukan jawapan persoalan ini.

Selasa, 19 Mei 2009

Protes! Protes! Protes!

Pagi tadi dengan rasa marah dan mungkin tidak puashati, setelah usai solat Subuh lalu membelek almari pakaian. Kemudian memilih seluar berwarna hitam dan begitu juga kameja dengan warna yang sama kerana sesungguhnya aku ingin protes, protes dan protes. Kenapa? Aku tidak ingin nyatakan cuma dengan cara itu saja aku mencapai kenikmatan memprotes! Mungkin lain kali aku akan memakai tali leher berwarna merah!

Ahad, 17 Mei 2009

Hari Istimewa Buat Guru

Buat semua insan bergelar guru dan mereka yang pernah menjadi guru aku, guru isteri aku dan guru anak-anak aku; aku ingin ucapkan Selamat Hari Guru. Segala jasa baik, budi suci dan pengorbanan diri; mohon dihalalkan. InsyaAllah.

Isnin, 11 Mei 2009

Ketua Hakim, Isteri Hakim, Anak Hakim, Anak Tiri Hakim dan Adik Ipar Hakim.

Cerita kawan aku ini menyebabkan aku ketawa walaupun kawan aku itu nampak marah-marah. Semua ini gara-gara suatu pertandingan mendeklamasi sajak peringkat daerah baru-baru ini. Kekalahan sudah menjadi adat tetapi nampak sangat betapa lekehnya pihak penganjur apabila aku mendengar kisah yang berlaku. Jadi aku gunakan satu tajuk yang panjang untuk menggambarkan secara mudah kisah yang mungkin menjadi salah satu faktor kekalahan ayam tambatan kawan aku ini dalam pertandingan tersebut.

Kisahnya ketua hakim adalah suami kepada salah seorang ahli panel hakim. Anak ketua hakim turut bertanding, begitu juga anak tiri ketua hakim ( anak salah seorang ahli panel hakim pertandingan - sebetulnya janda dengan beberapa orang anak ) dan seorang peserta lagi adalah adik tiri ketua hakim. Ahh... jadi kelam kabut nampaknya. Aku tidak bertanya pula siapa yang menang!

Selasa, 5 Mei 2009

Boikot Yang Tampak Begitu Berkesan

Sebenarnya kita semua pernah digemparkan dengan tindakan tanpa perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestine. Lantas kerana marah dan tidak berkuasa untuk membalas perbuatan mereka menyembelih penduduk Palestine, kita diseru agar memboikot semua barang yang disyaki ada kaitan dengan negara penyembelih itu. Lalu aku juga masukkan peringatan agar kita turut memboikot, terutama barangan dan premis yang ada kaitan dengan kehidupan seharian kita. Adakah semua itu berkesan?

Beberapa minggu lepas, ada rasa terdetik bahawa kempen ini walaupun tidak jelas dipandangan mata tetapi telah memberi impak kepada syarikat pengeluar barangan tersebut. Ketika aku mengisi tangki kereta aku, aku diberi keratan kertas potangan harga jika aku membeli ketul ayam goreng. Nah! Itlah kesannya. Memberi potongan harga bermakna barangan mereka kurang laku. Mereka sedang menyerang kempen boikot yang semakin sejuk dan dingin. Tetapi malangnya ketika itu aku sedar stesen petroleum berkenaaan adalah milik negara. Kenapa berlaku sedemikian rupa? Begitu juga iklan di televisen yang menunjukkan syarikat-syarikat besar makanan segera telah melancar penurunan harga. Strategi perniagaan atau sebaliknya?

Aku bersyukur kerana setiap kali menghampiri premis makanan segera, puteri-puteri aku segera mengingatkan perkataan BOIKOT!