Selasa, 5 Mei 2009

Boikot Yang Tampak Begitu Berkesan

Sebenarnya kita semua pernah digemparkan dengan tindakan tanpa perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestine. Lantas kerana marah dan tidak berkuasa untuk membalas perbuatan mereka menyembelih penduduk Palestine, kita diseru agar memboikot semua barang yang disyaki ada kaitan dengan negara penyembelih itu. Lalu aku juga masukkan peringatan agar kita turut memboikot, terutama barangan dan premis yang ada kaitan dengan kehidupan seharian kita. Adakah semua itu berkesan?

Beberapa minggu lepas, ada rasa terdetik bahawa kempen ini walaupun tidak jelas dipandangan mata tetapi telah memberi impak kepada syarikat pengeluar barangan tersebut. Ketika aku mengisi tangki kereta aku, aku diberi keratan kertas potangan harga jika aku membeli ketul ayam goreng. Nah! Itlah kesannya. Memberi potongan harga bermakna barangan mereka kurang laku. Mereka sedang menyerang kempen boikot yang semakin sejuk dan dingin. Tetapi malangnya ketika itu aku sedar stesen petroleum berkenaaan adalah milik negara. Kenapa berlaku sedemikian rupa? Begitu juga iklan di televisen yang menunjukkan syarikat-syarikat besar makanan segera telah melancar penurunan harga. Strategi perniagaan atau sebaliknya?

Aku bersyukur kerana setiap kali menghampiri premis makanan segera, puteri-puteri aku segera mengingatkan perkataan BOIKOT!


Tiada ulasan: