Ahad, 8 November 2009

Jangan Terkejut Apabila MyKad Anda Tidak Laku!

Hari Jumaat yang lalu aku berurusan di kaunter Maybank untuk membuka akaun simpanan buat puteri sulung aku. Beberapa hari sebelum itu, aku sudah dapatkan borang dan bertanya apa yang perlu aku sertakan untuk membuka akaun tersebut. Jawapannya; fotostat mykad depan belakang. Puteri sulung aku segera mengumpul wang untuk membuka akaun simpanan.

Tetapi malangnya apabila aku bertemu dengan pegawai (?) bank yang baru duduk di kerusinya sambil mencuci gigi dengan lidahnya ( mungkin baru selesai sarapan ), aku dikecewakan dengan soalan ' mana fotostat surat beranak?'. Jadi aku jelaskan puteri aku sudah berusia 16 tahun dan dia mempunyai MyKad. Pegawai itu membalas mereka perlu surat beranak! Itu prosedur bank dan pegawai atasannya memberi arahan setiap pelanggan yang bakal membuka akaun perlu tunjukkan surat beranak. Aku persoal, tidak cukupkah dengan Mykad yang diperakui sebagai canggih tu. Balas pegawai itu - perlu surat beranak juga!

Aku benar-benar panas dengan karenah ini. Sudahlah tidak sebarang notis apa yang perlu dilakukan oleh bakal pemilik akaun apabila ingin membuka akaun di bank tersebut. Pegawai yan bermuka poyo itu lansung tidak bertolak ansur. Aku minta untuk bertemu dengan pegawai yang mempunyai kuasa bagi menyelesaikan perkara tersebut dan dia cuba mengelak. Jelaslah bank bodoh ini telah mengambil pegawai bodoh untuk bekerja bagi menonjolkan kebodohan mereka! Aku benar-benar panas! Aku lihat wajah puteri sulung aku sudah tidak bersemangat lagi.

Lalu aku keluar dari bank yang 'bankrap' nilai kemanusiaan ini dan singgah di bank sebelah. Aku tanya apa yang perlu aku bawa jika mahu buka akaun simpanan. Jawab pegawai tesebut - Mykad! Aku tanya lagi - tak perlu surat beranak?. Jawabnya - dah ada Mykad tak perlu surat beranak! Lantas aku minta borang dan pegawai itu kata - saya akan tolong isikan.



Akhirnya puteri sulung aku memiliki sebuah buku akaun simpanan Agrobank!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha, ha. Pegawai itu agaknya bila baca entri ini, dia barangkali berbisik, "aku satu sen pun tak rugi apa2. Akulah pagar dawai!"

Unknown berkata...

Ya sheikh,
Mungkin juga dia beranggapan aku tidak berduit! Jika buka akaun pun, akaun itu tak aktif. Tetapi sheikh, aku dah 'komplen' sampai KL. Aku tak tahu apa respons mereka. Setakat ini mereka balas emel aku dengan harapan aku maafkan mereka. Tp aku 'penulis' degil dan aku akan terus utuskan emel untuk mereka selang dua hari!