Ahad, 25 Oktober 2009

Maka Sejadah di Rumah Aku Juga Turut Berdiri

Awal Asar petang Jumaat yang lalu, awan hitam berarak dari langit timur bersama angin kencang. Suasana awal Asar segera gelap, seperti sudah Maghrib. Kilat melakar garis apinya hampir menyamai nafas kami anak beranak. Dentuman guntur menakutkan. Ketika itu kami berkumpul di anjung timur RimbunKasih. Lantas aku segera ke kamar dan meninggalkan puteri-peteri aku yang asyik memerhati gagahnya alam dan besarnya kuasa Maha Esa. Usai solat Asar aku segera memanggil puteri-peteri aku melihat fenomena pelik... sejadah berdiri setelah aku selesai solat Asar! Puteri aku bertiga segera memberi respons kecuali puteri sulong seperti sudah dapat menghidu gurauan aku. Lensa kamera segera mengatasi cakaran petir di luar rumah. Akhirnya aku didesak agar membuat pengakuan bahawa sejadah itu adalah idea kreatif aku untuk menyegarkan suasana ketika alam terus bergelora dengan telatahnya. Akhirnya aku tewas dan membuat pengakuan bahawa kejadian itu adalah sekadar naluri nakal aku untuk menghiburkan mereka!

Jika benar sekalipun sejadah-sejadah itu berdiri seakan-akan bersolat, itu adalah amaran dan peringatan bahawa kita wajib bersolat; usah alpa. Ambil iktibar kanak-kanak bernama Ali yang tubuhnya tergambar potongan ayat-ayat al Quran... Allah Maha Besar!
Kertas pun boleh berdiri!
Pembalut gula-gula boleh berdiri juga!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sejadah cuba perlu manusia yang malas hendak sembahyang!

Unknown berkata...

Ya sheikh;
Sejadah berdiri menjadi tumpuan, masalah sosial dibiarkan. Hingga khutbah Jumaat lalu di masjid aku, imam ingatkan tentang anak luar nikah!