Membaca berita dalam akhbar semalam dan hari ini, bagaikan ada sesuatu yang bakal berlaku tidak lama lagi. Semuanya gara-gara kuasa yang bakal dimiliki oleh Dewan bagi mengatasi masalah penggunaan bahasa Melayu di negara sendiri. Mungkin belum pernah berlaku di mana-mana negara sebuah badan berkanun perlu diberikan kuasa untuk mengambil tindakan terhadap rakyat yang tidak mahu menggunakan bahasa sendiri di negara sendiri. Tetapi itulah hakikatnya rakyat negara bernama Malaysia. Bahasa sendiri dianggap tidak bernilai, malah mereka lebih sangup bertutur bahasa asing yang belum tentu betul gaya penggunaan dan sebutannya. Namun kerana minda 'kurus' yang mempercayai bahawa bertutur bahasa asing akan meningkatkan penampilan diri, mereka sanggup bertutur bahasa yang mereka tidak pasti betul itu. Itulah rakyat Malaysia!
Kini Dewan memiliki kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana 'hantu' yang gagal menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Jadi bagaimana pula dengan media? Haruskah mereka diambil tindakan? Jika ada tindakan sekalipun, kita akan lihat bagaimana bebalnya rakyat Malaysia. Lihatlah semua kempen selama ini - tidak pernah berjaya. Kita menanti siapakah bakal menjadi pesalah pertama bahasa yang sudah pasti akan mendapat perhatian pihak media dan masyarakat.
Bahasa Melayu Tidak Hilang Di Dunia...
Kini Dewan memiliki kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana 'hantu' yang gagal menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Jadi bagaimana pula dengan media? Haruskah mereka diambil tindakan? Jika ada tindakan sekalipun, kita akan lihat bagaimana bebalnya rakyat Malaysia. Lihatlah semua kempen selama ini - tidak pernah berjaya. Kita menanti siapakah bakal menjadi pesalah pertama bahasa yang sudah pasti akan mendapat perhatian pihak media dan masyarakat.
Bahasa Melayu Tidak Hilang Di Dunia...
4 ulasan:
Salam sahabat,,hari ni sempat masuk blog hang jab..sibuk yang tah dari mana datangnya buatkan aku rasa macam perlu ada angota tambahan untuk gerakan semuanya..Tapi alhamdulillah,,Tuhan dah beri cukup semunya..kadang2 kita terlupa mensyukurinya..Hai hebat kalau ahli bahasa berbicara..orang pengurusan macam aku rasa tertinggal dibelakang.Aku sokong 200% kata hang...Tidak akan hilang kehebatan sesuatu bangsa jika dia mengagongkan bahasa ibunda nya,,Contoh paling mudah,,Siapa yang berani menafikan kehebatan Ahmadinijad Presiden Iran walaupun kelantangan suaranya di PBB hanya dengan bahasa PARSINYA sahaja. Siapa yang nak nafikan Kehebatan Muhamad Ghadafi walaupun suaranya di PBB terpaksa di bantu oleh penterjemah kerana pengunaan bahasa ibundanya. Dan nak kita nafikan kehebatan Jepun yang perdana menterinya berbahasa Ingeris lebih teruk dari pelajar SPM sekolah melayu..CUMA KITA KADANG-KADANG TERLUPA BAHAWA BARAT MAJU HANYA KERANA BAHASA IBUNDA MEREKA IAITU BAHASA INGERIS YANG RAMAI DARI KITA MENGAGUNGKANNYA..ok sekadar pendapat dari kaca mata orang PENGURUSAN.... Salam jumpa lagi..Joe Gerik.
Bengkel dan latihan menggunakan bahasa Melayu nampaknya akan semakin laku. Barangkali Cikgu boleh iklankannya. Yuran tak perlu mahal, cukup untuk kos tinggal di pulau selama seminggu siapkan manuskrip buku!
Sdr Joe;
Kegagalan pihak yang memiliki kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan menyebabkan negara kita jadi begini. Itu isu bahasa; isu yang mudah kerana sudah ada dalam Perlembagaan Negara. Sekarang aku semakin risau apabila menonton TV kerana seolah-olah berada di Jakarta! Tiada orang yang akan perjuang benda ini. Hang orang kuat politik, perlu bangkitkan isu ini!
Ya sheikh;
Kalau bab bahasa ana rasa tiada sipa yang minat. Tetapi kalau baba nyanyi atau lakon, tak menang tangan! Teruskan perjuangan! ( walau keris tiada di tangan )
Catat Ulasan