Khamis, 17 September 2009

Si Kerian : Catatan Rindu III

Si Kerian tetap menggoda seperti seekor ular yang merenung tepat ke mata anda. Namun penyakit 'gila'nya semakin teruk. Selain marah hingga melangkau tebing dan memusnahkan apa saja yang menghalang, Si Kerian juga 'pemakan manusia'. Sepanjang aku berjiran dengan Si Kerian, aku sudah melihat paling tidak tiga kejadian membuktikan Si Kerian adalah puaka! Tanpa sebab dan tanpa diketahui Si Kerian mahukan nyawa manusia. Si Kerian pura-pura menggoda dan kemudian merampas nyawa manusia yang telah terpesona dengan godaan itu. Apakah yang sudah berlaku? Si Kerian sudah sukar dikawal lagi - gila dan puaka, marah dan pemusnah! Si Kerian pemilih. Mangsanya adalah orang luar yang terpesona dengan liuk tubuhnya yang licin seperti ular itu. Kata orang tua, jambatan besi yang merentasi Si Kerian adalah sempadan. Tidak pernah sekalipun dia meragut nyawa mangsa yang menikmati tubuhnya di bahagian timur. Setakat yang aku tahu mangsanya disebelah barat. Dua remaja Cina, seorang lelaki Cina separuh umur dan paling akhir budak Melayu berusia dalam lingkungan 5 tahun. Si Kerian tidak menggigit, apa lagi memamah. Cuma Si Kerian ingin menyimpan tubuh mereka buat beberapa hari. Biasanya apabila berlaku seorang lelaki tua akan membantu; memujuk dan merayu agar Si Kerian menunjukkan simpati. Bebaskan mereka. Biar tubuh yang sudah berwarna pucat dan keputihan itu dapat dikuburkan. Si Kerian bukan kubur dan kerja Si Kerian bukan menyimpan mayat manusia!

Kini Si Kerian semakin uzur. Dadanya dikekah dan dirobek jentera. Tubuhnya tidak lagi berkilau menggoda. Si Kerian meraung dan aku pasti tiada siapa mendengar raungan itu kecuali aku kerana aku adalah jiran dan sahabatnya!

2 ulasan:

joe berkata...

Salam..tertarik dengan tulisan hang kali ni,,mengingatkan aku pada sungai tu yang menjadi sempadan bukit bertam perak dan mahang di sebelah kedah..satu peristiwa yang tak akan aku lupa sampai bila-bila ialah bila perak berhari raya lebih awal dari negeri lain.aku di sebelah mahang hanya melihat orang2 diseberang sana sambut aidil fitri dan ada juga orang disebelah mahang yang melintasi sungai kerian untuk sama2 beraya diseberang sana..hehe..sungai yang dulu dilintasi jambatan kayu yang bising bunyinya bila di lalui lori balak.dan sungai itu tempat aku ambil air sembahyang bila nak bersembahyang jumaat dimasjid yang berdekatan dengan rumah hang jika aku kerumah sepupu dipadang kering.Sg Kerian tempat aku mandi dan menyelam serta memanah ikan bersama sepupu sepupu aku. dan Dilata Ulu Keria ada banyak kenangan waktu belajar2 jadi dewasa dan cinta monyet,,hehe..dan sg kerian dah tak seperti delu waktu aku melaluinya baru-baru ni ..benar kata hang semua dah berubah seiring dengan perubahan yang berlaku dalam diri kita dan teman-teman kita di 5 merah smk mahang dulu,Aku terlalu rindukan kawana2 lama kita. Tolonglah usahakan agar kita dapat berjumpa semula rakan-rakan lama yang dah terlalu lama aku tinggalkan..Ok lah amir salam aidil fitri ..maaf zahir batin dari Joe gerik Perak ..019-5592310

Unknown berkata...

Hi Joe ( eceh macam Mat Salih )
Assalamulaikum,
Sebenarnya aku suka bermain dengan kenangan. Memang seronok juga kenang kisah-kisah lalu. Budak-budak 5M aku tak jumpa lama. Dalam alam siber ini aku rasa hang seorang yang hubungi aku. Mungkin raya ini depa balik kampung kut. Jefri Saad pernah mai rumah aku dulu waktu raya. Mungkin kalau dia mai lagi aku bagi nombor fon hang.
Ok Selamat Hari Raya AidulFitri Maaf Zahir Batin.