Isnin, 28 September 2009

Kopi O Keras Berasap 6 : Sehangat Lemang Di Laman Rumah!

Sepatutnya sehari sebelum lebaran sambil menunggu dan membuat jangkaan bila Ramadhan berakhir dan Syawal menjelma, telefon bimbit aku menerima satu pesanan ringkas dari sebuah syarikat telekomunikasi gergasi (gergasi biasanya berwatak jahat). Pesanan ringkas tanpa rasa bersalah yang mengatakan aku tidak boleh menghantar dan menerima pesanan ringkas pada malam itu. Pada mulanya aku tidak kisah kerana dalam suasana hujan renyai-renyai, aku lebih memikirkan dapatkan solat terawikh dilaksanakan pada malam itu atau malam semalam adalah solat terawikh terakhir bagi 1430H. Rupa-rupanya aku terpilih untuk merasa bahana sebuah syarikat gergasi yang bergerak seperti siput b*b*. Apa yang lebih pelik, aku dapat terima pesanan ringkas tetapi aku tidak dapat membalasnya. Aku hanya dapat berbuat demikian 36 jam kemudian. Cuba bayangkan apa reaksi saudara dan sahabat yang menghantar pesanan ringkas tetapi tidak menerima sebarang balasan. Aku benar-benar marah kerana aku membayar perkhidmatan yang aku gunakan tetapi aku dilayan seperti pelanggan yang tidak bermakna. Apakah tanggungjawab sosial syarikat gergasi siput b*b* ini? Pernahkah syarikat ini utuskan pesanan ringkas meminta maaf kerana 'kebengongan' juruteranya berhadapan dengan masalah kesesakan begini? Ini bukan kali pertama berlaku dan wang yang kita bayar untuk perkhidmatan ini lebih rela mereka gunakan untuk menaja kumpulan penyanyi sesat dari luar negara dan bukannya untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk kita!

Celcom anda memang gergasi siput b*b*!

2 ulasan:

joe berkata...

Salam..Sebenarnya itulah bahana yang akan kita hadapi dimusim perayaan,,Dah Lama Dahhhhhh(pinjam kata-kata bekas pemimpin tersohor) tiap kali raya puasa .haji,depavali.xong xi fa chai,perkara ini terjadi..tapi pelek gak kan..bukan pertama kali berlaku masalah ni ,,ngapa tak ada sebarang persediaan untuk menghadapi situasi begini...Tapi dulu kita tak pernah peduli pun hal-hal macamni ,,tapi sekarang ni jadi masalah agaknya kerana sukar nak ucap selamat hari raya dan balas ucap selamat dari rakan taulan..Dan aku rasa untuk tahun depan kita juga harus lebih bersedia untuk membeli kad ucapan selamat hari raya semula bagi menggantikan sms untuk mengucapkan selamat hari raya dan memohon kemaafan pada sahabat handai dan saudara mara kerana yang pastinya masalah i ni pasti akan berlaku lagi..Apa pun raya tahun ni cukup bermakna kerana aku dapat jumpa penulis terhebat bersama rakan yang lain dikedai mamak mahang sambil minum dan borak-borak hingga pukul 10 malam..ok jumpa lai...

Unknown berkata...

Hi Joe :
Aku betul-betul marah pasai aku juga pengguna walaupun aku top up RM10 seminggu. Tengok cara, syarikat tu hebat tetapi semua yang kerja kat dalam tu dungu! Hang bayangkan kalau malam tu hang nak telefon aku? Mungkin jumlah tahun tak pernah jumpa itu akan bertambah lagi! Ha...ha... Woi teringin ikan kelah la... Aku pi Grik nanti aku fon hang. Tu pun kalau syarikat gergasi siput babi tak 'blok' fon aku!!! Ayat 'penulis terhebat' tu buat aku ngeri!!!