Beberapa minggu sebelum Ramadhan, khutbah Jumaat pada hari itu membicarakan sempatkah peniaga pasar malam bersolat Maghrib ketika berniaga. Imam membuat perkiraan secara rawak proses jual beli antara penjual dan pembeli dan mengandaikan penjual tidak akan sempat bersolat Maghrib sekiranya dia melayan pembeli-pembeli yang mengerumuni warungnya. Memang logik kerana waktu Maghrib pendek. Jadi imam menegur tindakan meninggalkan solat kerana berurusan jual beli.
Cuba perhatikan pula peniaga bazar Ramadhan. Sempatkah mereka bersolat Asar kerana waktu adalah waktu kemuncak bazar. Seperti juga solat Maghrib, solat Asar juga pendek waktunya. Anda jawab sendiri kerana beratnya dosa menuduh orang! Aku ada cadangan, tidak salah bersolat secara bergilir-gilir.

2 ulasan:
Ada sesetengah golongan, tidak pernah menjaga solatnya. Tapi bila tiba bulan Ramadhan tak pernah plak ditinggalkan puasa. Bagus bab yg tu. Tapi... apa lah erti kalau solat berlubang sana - sini. Bilalah agaknya yang tak solat boleh ditangkap oleh penguatkuasa agama sebagaimana yg makan siang di bulan ramadhan.
Sdr RMN:
Ramadhan bulan keinsafan. Mungkin puasanya untuk kuruskan badan?.Itu kira bagus ttp niatnya tidak bagus! Sebenarnya bab denda merupakan sesuatu yang sukar untuk diperkatakan.Ada orang mahu dirinya disebat kerana taubat tetapi ada orang menghalang individu itu drpd disebat.Kenapa? Aku rasa kalau tak solat kena denda, KL perlukan 10 buah masjid lagi!
Catat Ulasan