Tiba-tiba sesuatu yang aku takutkan selama ini terjadi. Apa yang harus aku lakukan apabila bab akhir sebuah novel tidak dapat disempurnakan setelah memikirkan hampir sebulan yang lalu. Setiap hari asyik memikirkan bagaimana hendak mengakhiri novel ini dan terasa cukup perit dan merisaukan. Bolehkah sebuah novel itu berdiri tanpa bab akhir? Entah...
Semalam ketika asyik memikirkan bab akhir ini hingga tertidur dan pagi ini membuat keputusan biar bab itu datang sendiri kerana dalam situasi tertentu, sudah pasti ada cahaya di hujung terowong. Walaupun kisahnya novel kali ini agak biasa dan kerana kebiasaan itu membuat aku tenggelam punca. Inilah yang dikatakan cabaran mengarang. Harap-harap hujung Julai ini ada idea yang menyuntik dalam akal fikiran dan aku perlu sabar dan menunggu.
Hujung Safar ini ada kejadian gerhana matahari. Mungkin ada idea di situ!

4 ulasan:
Kalau tak dpt buat akhir bab, buat je mcm citer sembilu tu... boleh kluar novel dalam bentuk bersiri plak... buat pembaharuan dalam novel hg tu...
... to be continue...
Saya tinggal 40%. Bukan 1 bab tapi berbab2. Bukan sudah tinggalkan 1 bulan tapi berbulan2. Doakan.
Oh ya, alang2 tulis buku biar sampai siap.
Ya sahabat;
Bukan apa kadangkala dalam usaha nak siapkan sebuah novel menjadi mudah tetapi untuk siapkan satu bab jadi cukup payah!
Ya sheikh;
Memang sedang berusaha sehingga timbul rasa muak! Namun atas kesedaran ada nikmat disebalik kepayahan, aku sedang berusaha. Berusaha memikirkan bagaimana nak tamatkan kisah ini!
Catat Ulasan