Sepanjang bulan ini mungkin hari yang istimewa buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah. Hal ini kerana, sepanjang bulan ini biasanya dilangsungkan majlis penyampaian hadiah untuk anak-anak yang mencatat kecemerlangan sepanjang bergelar sebagai pelajar. Tidak terkecuali puteri-puteri aku. Semalam mereka dirai oleh pihak sekolah kerana telah berjaya mencatat kejayaan dalam bidang akademik. Sementara puteri sulung aku akan menerima hadiah pada minggu hadapan. Jadi memang seronok apabila melihat anak-anak sendiri naik ke pentas menerima hadiah, walaupun hadiah itu tidak seberapa tetapi terbeban dengan keikhlasan yang tinggi. Sebagai ayah , aku berbangga dan sudah pasti sebagai anak mereka turut berbangga.
2 ulasan:
Tahniah! Moga sentiasa menjadi ayah dan anak yang cemerlang.
Ya Sahabat;
Faham-fahamlah hadiah sekolah rendah ni. Tetapi nampak berbangga juga kerana yang kakak tu dapat hadiah tokoh pelajar UPSR. Emm... sahabat macamana? Esei... blog tak ada kisah peribadi. Nak tahu juga perkembangan keluarga sahabat.
Catat Ulasan