Selasa, 7 Oktober 2008

Susu Pinggan

Entah perkara apa yang merasuk mereka apabila mereka memasarkan susu dalam bentuk pinggan. Itulah yang aku faham apabila mereka masukkan melamin dalam susu tepung untuk anak-anak kecil. Cuma yang menghairankan kenapa belum ada pendedahan secara besar-besaran di media Malaysia, produk yang menggunakan serbuk pinggan ini. Ada satu soalan lagi pernah rasa bagaimana sakitnya apabila batu karang mahu keluar melalui salur kencing anda? Tanya mereka yang pernah mengalaminya!

Dulu kita pernah dengar pinggan yang gunakan serbuk tulang untuk menguatkan kacanya tetapi kali ini kita dengar kisah pinggan berbentuk susu. Pelik bukan? Aku yakin wang sudah menjadi Tuhan mereka!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melamin itu antara lain mahu tambah kepekatan susu. Pernah didedahkan plastik dimasukkan ke dalam kuali berminyak panas sewaktu menggoreng pisang dll agar lebih garing, rangup dan gurih. Semuanya gara2 nafsu demi kepentingan diri sendiri. Kata mereka: Apa peduli kalau kalian mati?

Unknown berkata...

Ya syeikh:
Aku rasa kita sebagai pengguna sering tertipudan tiada siapa peduli apa yang mereka lakukan walaupun kita ada menteri dan kementerian yang diamanahkan untuk bebrbuat demikian. Kenapa terlalu lama untuk menyenaraikan produk yang telah tercemar? Tentu syeikh tahu tentang 'wei / whei ' yang banyak digunakan dalam produk tenusu. Halalkah?