Melihat gambar di atas, sekiranya aku bukan seorang guru seperti sekarang, aku rasa gambar di atas tidak memberi sebarang pengertian. Untuk pengetahuan, inilah 'cover' filem 'To Sir, With Love" dan aku rasa saban tahun ada sahaja saluran televisyen menyiarkan filem ini. Cuma tahun ini aku terlepas menontonnya ataupun mungkin juga syarikat televisyen sudah bosan menyiarnya berulang kali. Memang meremang bulu roma apabila menonton walaupun filem ini berdasarkan skrip dan amat sukar berlaku secara realiti. Begitu juga drama pun turut merebut slot menayangkan drama begini. RTM1 telah menyempurnakan tanggungjawab mereka pada malam Sabtu yang lalu dengan menayangkan sebuah drama kisah guru. Mungkin inilah yang menjadi kebanggaan guru walaupun hakikatnya beban tugas guru masih tiada penyelesaian. Apapun aku ingin ucapkan Selamat Hari Guru untuk guru-guru aku yang terdahulu dan terkemudian. Segala jasa baik cikgu-cikgu tidak mampu aku balas.
SELAMAT HARI GURU...
SELAMAT HARI GURU...
2 ulasan:
Cikgu Amer, pada bulan lepas kami meluangkan masa bbp jam bersama2 nelayan di tepi pantai (baru tepi pantai). Ternyata bukan mudah ikat batu, tanggalkan ikan/udang daripada jala dsb. Kami akur, nelayan perlu dihargai. Kita sebagai guru tentunya lebih menghargai apa yang kita lalui, alami. Itulah manusia, umumnya lebih menghargai (meyakini) terhadap apa yang dirasai. Dan para wali Tuhan sudahpun menghargai (meyakini) syurga biarpun belum lagi merasainya...
Saya ingin benar melakukan kerja-kerja begitu tetapi masa sering menghalang. Menjadi pemerhati lebih baik dari pelaku. Bukankah sedetik kita memikirkan segala kejadian alam ini lebih baik? Saya suka jadi pemerhati tetapi kadang kala saya terbabas dan sering terlupa mensyukuri atas nikmatnya.
Catat Ulasan