
Itulah situasi sepanjang dua minggu yang lalu. Panas dan rimas! Ah... cari jeram atau air terjun. Berendam. Dan aku sekeluarga menemui sebutir permata di pinggir hutan Banjaran Bintang. Namanya dulu Belukar Hantu tetapi kini bertukar nama yang lebih mesra Teluk Emas. Kawasan jeram dengan sungai utama berselirat bersama anak-anak sungai memiliki nama yang unik - Lata Rambong! Malangnya kunjungi itu tidak bersama kamera kerana hanya bertujuan untuk mandi dan menyejukkan badan. Mungkin lain kali sekeping gambar lata ini akan memungkinkan seribu kemungkinan yang amat indah dan dingin!
2 ulasan:
datang cameron!
Sdr MohamadKholid;
Sering juga setiap kali ke Tanjong Malim atau KL saya sekeluarga akan singgah ke Cameron. Naik melalui Simpang Pulai. Memang cantik dan menarik tetapi masalahnya suhu di atas sana pun terasa semakin naik. Teringat jagung manis yang tidak perlu direbus...
Catat Ulasan