Khamis, 14 Januari 2010

Kisah Percuma Untuk Anda!

Setelah beberapa hari internet buat hal dan jari jemari begitu gatal untuk mengetuk papan kekunci, akhirnya timbul suatu idea untuk pembaca secara percuma. Dalam kekalutan tugas (biasalah awal tahun), aku mula merangka watak-watak fantasi sebuah kerajaan kecil di pinggir sebuah hutan. Jadi aku bakal hidangkan sebuah kisah sekumpulan beruk mencipta keajaiban kehidupan mereka seharian. Kisah ini bukan bertujuan mengkritik. Apatah lagi suatu ketika dulu perkataan 'beruk' ini telah menyebabkan negara bergegar! Ini kisah biasa sekumpulan beruk yang gawat seperti juga kehidupan manusia.

Gambar di atas adalah ketua kerajaan beruk bernama BerukBapak sedang merenung jauh kehidupan yang bakal aku hidangkan secara percuma. Masih dalam perancangan dan Insya Allah akan disenaraikan di sebelah kanan blog ini tidak lama lagi. Kira-kita inilah projek percuma 2010; sesuatu yang belum pernah aku lakukan sebelum ini.

2 ulasan:

eLyZa™ berkata...

cegu, ini bukan King Kong ke? Beruk bukan lebih kecil berbanding King Kong & Orang Utan?

Unknown berkata...

Itu gambar gorila tanah tinggi. Biasalah, hero mesti nampak gempaq!