Isnin, 28 Disember 2009

Munafik Si Penulis Surat


Sebenarnya dalam kegembiraan meraikan kemenangan Kala Yuda dan kemudian tersentak dengan pemergian tiba-tiba bonda mentua, tanpa diduga muncul sekeping surat yang menyebabkan perasaan ini berbaur gembira, sedih dan marah. Bagaimana perasaan seseorang itu apabila kemunculan sekeping surat yang ditulis oleh manusia munafik dan menuduh beberapa perkara yang tidak benar? Malah surat tanpa nama itu diterima oleh majikan dan pihak yang lebih tinggi dan suatu sisatan dilakukan dengan penuh percaya. Bagaimana hendak mempertahankan diri jika tidak siapa penulisnya? Malah hingga tampalan ini ditulis (sebenarnya aku mengambil masa lebih dari seminggu untuk menulisnya), aku masih tertanya-tanya apakah dosa aku terhadap manusia munafik ini? Jelas penulis munafik ini menggunakan kemahirannya menulis untuk menjatuhkan seseorang dan berbeza dengan aku; apa yang aku tulis untuk bacaan khalayak dan paling tidak sedikit mengajar tentang kebaikan.

Jelas budaya surat layang masih menguasai kotak fikiran manusia walaupun menerima pendidikan yang tinggi Budaya kotor seolah-olah masih hidup dalam budaya animisme, rasa jengkel dengan kehidupan orang lain cemburu, hasad dengki dan tidak bersyukur dengan anugerah Allah SWT telah menjadikan penulis ini manusia munafik. Berpura-pura dan sering berlakon baik. Bagaimanakah amalan sehariannya kerana dosa menfitnah lebih besar dari membunuh dan zina. Semoga manusia ini sedar dengan kesalahannya dan aku masih dapat menerima jika dia bertaubat dengan perbuatannya. Kini, aku hanya manusia kerdil dan masih seperti dulu; terus berdoa dan berdoa kerana aku menjadi mangsa aniaya.

7 ulasan:

tuan director berkata...

hahahahaha...jangan marah pada yang tiada, surat layang hanya mainan bermaruah rendah jom tengok filem pendek arahan saya...salah saluran tu...nie yang betul http://azmanlk1.blogspot.com/

sahabat berkata...

kebenaran akan menyerlah jua. doa org teraniaya itu makbul. doakan yg baik buat saudara dan keluarga. moga Allah membuka pintu hati penulis surat layang maka menginsafi kesalahannya.

Unknown berkata...

Adinda Azman dan Sdr.Sahabat:
Memang benar tetapi perasaan marah tetap ada kerana kita tidak dapat menegakkan kebenaran. Tuduhan melulu begini, cemburu dan sakit hati begini adalah tokak yang ada dalam diri orang melayu (aku jangka penulisnya berbangsa Melayu). Tetapi sekurang-kurangnya aku diberi peluang menjawab segala tuduhan!

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Manusia berjaya manusia yang peka dan pekak. Peka dengan persekitaran, pekakkan telinga dengan kritikan yang membunuh. Terus berusaha cikgu. Pedulikan manusia munafik.

Unknown berkata...

Sdr RMN;
Terima kasih dengan sokongan ini. Bukan apa, memang sudah ada rasa kecewa yang amat sangat terhadap tempat kerja ini, tetapi masih bersabar kerana 'tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain'. Terima kasih sekali lagi.

jurukopi berkata...

moga baik2 semuanya pak. manusia lahirnya memang begitu. selamat~ ;)

Unknown berkata...

Sdr Jurukopi;
Impak dari kes surat itu menjadikan saya semakin teliti memilih kawan dan rasa tidak mempercayai manusia sekeliling semakin kuat!