Suatu ketika nanti umat Islam seperti buih (jumlah yang banyak) tetapi semakin lemah. Aku perhatikan sejak beberapa bulan yang lalu, agama Islam seperti diperlekeh oleh orang bukan Islam. Mereka main-main dan cakap tanpa menggunakan otak. Entah apa masalah mereka hingga begitu memusuhi Islam. Malah kadang kala sudah berani mempertikaikan amalan agama Islam di dalam sebuah negara yang mendakwa negara Islam. Kenapa jadi begini? Mungkin faktor mainan politik yang terlalu kotor menyebabkan mulut manusia bukan Islam yang semakin berani mengkritik Islam di Malaysia, lebih kotor dari najis! Ada yang sudah berani mempertikaikan laungan azan dan sudah nampak permusuhan secara nyata. Hairan kenapa tiada langsung rekasi oleh alim ulama atau pemimpin politik yang memegang kuasa. Kebisuan ini menyebakan orang bukan Islam ini sudah berani dan semakin banyak lemaknya! Aku bukan mahu membangkitkan sentimen keagamaan dalam kafe ini, tetapi kadang kala aku sedih melihat tingkah laku mereka. Keterlaluan dan mungkin suatu hari nanti orang Islam akan hilang sabar. Aku tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi!
Malas hendak terus menulis kerana aku benar-benar sedih. Baca Surah al Kafirun dan fahami maksudnya.
Malas hendak terus menulis kerana aku benar-benar sedih. Baca Surah al Kafirun dan fahami maksudnya.
2 ulasan:
Salam..Hanya satu ja sebab yang saya nak sebutkan disisni.Islam diperlekeh kerana KITA TAK PERLU MARAH PADA ORANG YANG BUKAN ISLAM YANG TAK FAHAM ISLAM..meminjam kata-kata seorang ulama terkenal. Ngapa nak marah.mereka tak paham islam biarlah mereka nak kata apa pun...
Ap kahabar Amir ..lama sungguh tak jumpa lepas keluar dari smkk kits hilang terus..daripada Johari Aziz .Gerik Perak...xstudent smk mahang ( Ting 5 Merah - 1983)
Assalamulaikum joe:
Sesuatu yang tidak aku jangkakan apabila membaca komen hang di blog aku. Sebenarnya aku masih diMahang. Boleh cari aku di SMK Mahang. Sering-sering kunjungi blog ini. Kadang-kadang tersedak juga apabila jumpa kawan lama!
Catat Ulasan