Selasa, 7 Julai 2009

Kembara Amira : Mengisahkan Kisah Emas Orang Bodoh

Dalam novel Kembara Amira yang aku hasil pada tahun 2005 dan memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ada menyentuh tentang 'emas orang bodoh' berdasarkan e mel dari Jacinta kepada Amira. Sila baca petika di bawah :

" Oh, ya! Rantai emas yang kau dan Itai hadiahkan itu masih tergantung di leher ku tetapi ada sesuatu yang aku hendak beritahu. Itu adalah besi pirit atau 'emas orang bodoh' bukan emas yang sebenarnya! " - Kembara Amira (306)

Kemudian muncul berita tentang penemuan emas di sebuah perkampungan di Kedah hingga menimbulkan sedikit kekalutan kerana suasana seolah-olah berlaku zaman kerubut emas di amerika Syarikat suatu ketika dahulu. Tetapi malangnya apabila Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kedah/Perlis /Pulau Pinang mengesahkan ketulan emas yang dijumpai di Kampung Jelutung, Mukim Tobiar, Pendang, Kedah adalah mineral pyrite (FeS2) dan juga kemungkinan sekali Arsenopyrite (Fe As S) atau juga dikenali emas bodoh.

Aku gembira kerana apa yang aku bayangkan ketika Amira dan Itai mengutip 'emas bodoh' dari dasar sungai, rupa-rupanya boleh menjadi realiti. Jadi penemuan 'emas bodoh' di Kampung Jelutung walaupun pahit bagi pencari emas yang berbondong-bondong tetapi sesuatu yang menggembirakan bagi penulis novel Kembara Amira!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Emas tersebut tidak bodoh!

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Mungkinkah akan ada nnati yang mencari 'kembara amira' untuk membongkar rahsia emas di dasar sungai di tengah hutan itu?

Unknown berkata...

Ya sheikh;
Emas tidak bodoh tetapi mampu menjadikan manusia itu bodoh! Sudah baca Kembara Amira?

Unknown berkata...

Sdr RMN;
Rasa teruja juga apabila membaca kisah pencarian emas oleh penduduk kampung tu. Mungkin ada lagi selepas ini yang menjadi kebetulan. Jika bukan novel saya mungkin juga novel mereka yang lain.