Adakah manusia mampu mengekang nafsu sendiri? Dalam situasi tertentu, mungkin. Tetapi dalam banyak situasi, sebenarnya manusia gagal mengekang keinginan terutama sesuatu yang menggambarkan kehebatan. Itulah yang berlaku apabila seorang guru menggunakan MitEvo yang harga atas RM200K dan tiba-tiba mendapat perhatian SPRM. Mungkin selama ini mereka tdak menjangka bahawa insan yang berjawatan guru mampu menggunakan kereta mewah begitu. Buatlah sedikit kajian berapa ramai guru yang menggunakan Mercedes, Alphard, Estima, Wish, CRV dan berbagai jenis jenama lain. Dulu zaman 60an dan 70an, hanya guru yang mampu pakai basikal Releigh di kampung-kampung.
Sebenarnya guru lakukan berbagai kerja sambilan terutama sekali yang tinggal di kawasan bandar besar kerana mengharapkan gaji guru saja, sudah pasti mereka hanya mampu tinggal di kawasan setinggan. Guru terlibat dalam dunia perniagaan adalah lumrah. Menjadi peniaga pasar malam, berniaga warung, penyewa kenderaan, jual burger, jualan langsung, jual kain batik, terlibat dalam dunia saham dan berbagai jenis lagi perniagaan yang sentiasa terbuka. jadi mungkin atas sikap yang kuat bekerja ini membolehkan mereka menggnakan kenderaan mewah begitu. Belum kira lagi kesediaan koperasi guru dan Bank Rakyat yang menyediakan berbagai jenis pinjaman
Guru juga manusia!

3 ulasan:
Mer, nko pakai Estima SPRM taknak siat-siat ker...
Ya sahabat;
Siapa nak siasat kalau pakai estima buruk! Lainlah kalau pakai Previo ka!
Saya sendiri ada sebuah Ferarri merah di dalam kereta MPV saya. Setakat ini, belum ada org SPRM jenguk2. Hehehee... Terima kasih SHELL!
Catat Ulasan