Ahad, 29 Mac 2009

Uzur...Semakin Uzur...

Semalam ketika baru sampai di rumah setelah usai bermusafir, di selubungi rasa letih dan rimas kerana hujan terus mencurah setiap petang selama seminggu; isteri tersayang memberitahu bekalan air terputus kerana paip air ke rumah aku di tepi jalan terputus (untuk kali ke berapa setelah aku mendirikan RimbunKasih) kerana dilanyak tayar lori, kereta, motosikal dan segala kenderaan yang bertayar. Dalam rasa rimas kerana hujan setiap petang, aku tersentak kerana tersedar betapa penting bekalan air. Memang benarlah air adalah ibu kehidupan! Memandangkan sudah mendekati waktu Maghrib, aku tangguhkan dulu untuk menghubungi pihak berkenaaan (JBA) kerana sedar mereka semua mungkin sudah pulang dalam kesejukan suasana menghampiri malam.

Kemudian melayani anak-anak dengan berbagai kisah dan cerita, aku perhatikan puteri sulung dan puteri kedua sibuk menfotokopi dan seterika baju. Kata mereka sebelum pukul 8.30 malam. Aku yang masih letih bertanya kenapa? Kenapa sebelum pukul 8.30 malam? Ada rancangan TV baru ke? Balas puteri aku, pukul 8.30 malam, semua lampu akan dimatikan kerana Earth Hour! Ah... betapa aku lalai kerana aku tidak sangka semalam adalah Earth Hour selama sejam.

Uzur...semakin uzur. Jadi mungkin tindakan manusia mematikan lampu selama sejam akan memanjangkan usia bumi yang semakin tua.

3 ulasan:

sahabat berkata...

Cantik Rimbun Kasih.

Bila jangka dpt CF?

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Sebenarnya rumah tu tak perlu CF. Buat kat kampung. Sudi-sudilah singgah bila mengunjung utara tanah air dan RimbunKasih mewah dengan kelapa muda!