Ahad, 6 Mac 2011

Memenuhi Undangan

Sepanjang Februari, saya mula memenuhi undangan dan sedaya upaya saya mengelak untuk mengecewakan sesiapapun. Namun sebagai petugas kerajaan segala undangan itu akan dipenuhi setelah mendapat kebenaran ketua jabatan. Sehingga detik ini, alhamdulilah bos saya telah memberi kerjasama yang baik. Maka, pelajar dan guru serta sekolah yang menjemput dapat bertemu dengan pengarang Kembara Amira. Saya betul-betul bahagia walaupun hakikatnya letih dan terpaksa menunda proses kreatif yang terus mendesak diri dan perasaan.

Undangan semakin memenuhi ruang setiap Jumaat. InsyaAllah undangan itu bakal saya penuhi.




1 ulasan:

Cikgu Det berkata...

Tahniah bro..semoga terus berceramah...nanti kalau ada kesempatan..mai sekolah aku pulak..aku pun nak tumpang bangga bertemu dengan pengarang Kembara Amira...