Akhirnya karya terbaharu saya Kala Yuda dilancarkan pada 20 Julai 2010 oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bertempat di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Mungkin karya ini menuntut kesabaran saya untuk melihatnya berada di pasaran dan semalam novel ini dilancar bersempena majlis penyampaian hadiah Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM dan Kumpulan Utusan. Sebagai pemenang sulung dalam sayembara ini saya benar-benar terharu dan bersyukur kerana keperitan menghasilkan karya dalam genre begini memang mencabar. Melakukan kajian dan membuat rujukan berdasarkan sumber bertulis dan bukannya bersumberkan internet, memang mencabar dan ternyata saya gemarkan cabaran begini. Seolah-olah terasa keasliannya dan bukan sekadar mencedok begitu sahaja lalu dijadikan idea milik sendiri.
Saya benar-benar puas!
Saya benar-benar puas!
1 ulasan:
salam ziarah...saya sedang membaca novel ini...baru memilikinya semalam..novel Kembara Amira dah dibaca lama dulu, jalan cerita yang menarik..tahniah ya~
http://sunahmohammad.blogspot.com/2010/12/kala-yuda-dan-tanah-emas.html
Catat Ulasan