Khamis, 18 Jun 2009

Akhirnya Mendapat Undangan Hadiah Sastera

Akhirnya aku mendapat undangan dari pihak yang menganjurkan Hadiah Sastera 2009. Dan seperti tahun lepas juga kad undangan itu aku terima dua hari selepas tarikh pengesahan untuk hadir atau tidak. Jadi aku ingin ucapkan terima kasih kepada sekretariat yang menganjurkan Hadiah Sastera 2009 kerana masih sudi menjemput aku. Terima kasih banyak-banyak dan ber'daun keladi'.

Juga aku ingin ucapkan tahniah kepada Kumpulan Utusan, Exxon Mobil dan mungkin juga Astro (rakan penyiar) kerana masih sungguh-sungguh berusaha memartabatkan karya sastera negara.

4 ulasan:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Cikgu dtg kah?

Tanpa Nama berkata...

Tidak mustahil kita bertemu di HSKU tahun depan.

Unknown berkata...

Sdr RMN;
Tahun ini saya tidak mampu mengunjungi HSKU. InsyaAllah tahun-tahun mendatang sekiranya ada rezeki.

Unknown berkata...

Sdr Zul;
Anda sudah dapat menembusi tembok HSKU dan kini semuanya ditangan penilai. InsyaAllah jika sudah menjadi rezeki nama saudara akan tersenarai dalam senarai pemenang bulan Jun tahun hadapan. Terus runtuhkan tembok-tembok itu!