Selasa, 31 Mei 2011

Kakak Masuk Kolej

23 Mei yang lalu, kakak melapor diri di Kolej Mara Kulim dan sudah seminggu berada di sana. Alhamdulilah kerana berjaya memasuki kolej dan kedua kerana kedudukan kolej ini dekat dengan rumah. Kata kakak dia berminat bidang Fizik dan Sains Komputer. Jadi kami adik-adik kakak ucapkan tahniah dan peringatan kakak harus belajar dengan tekun. Syabas!

Ahad, 6 Mac 2011

Memenuhi Undangan

Sepanjang Februari, saya mula memenuhi undangan dan sedaya upaya saya mengelak untuk mengecewakan sesiapapun. Namun sebagai petugas kerajaan segala undangan itu akan dipenuhi setelah mendapat kebenaran ketua jabatan. Sehingga detik ini, alhamdulilah bos saya telah memberi kerjasama yang baik. Maka, pelajar dan guru serta sekolah yang menjemput dapat bertemu dengan pengarang Kembara Amira. Saya betul-betul bahagia walaupun hakikatnya letih dan terpaksa menunda proses kreatif yang terus mendesak diri dan perasaan.

Undangan semakin memenuhi ruang setiap Jumaat. InsyaAllah undangan itu bakal saya penuhi.




Isnin, 24 Januari 2011

Kembara Amira Menguji Medan

Novel Kembara Amira mula menguji medan pengetahuan guru dan pelajar. Aku cuba meninjau pendapat dan komen dalam blog ( terima kasih kerana komen-komen itu ) dan ternyata novel ini benar-benar menguji medan. Apatah lagi buku-buku komersil yang berlambak di pasaran yang mengupas novel ini untuk memudahkan pelajar. Dalam pada aku tertanya-tanya ' perlukah aku masuk campur?'. Tema merupakan medan yang paling menguji kerana setiap blog dan setiap buku rujukan komersil aku lihat berbeza-beza, berbagai-bagai dan aku rasa ada yang kena dan lebih malang tema yang diberi tersasar jauh. Mungkin kerana persediaan yang tergesa-gesa atau penulis upahan begini biasa tidak mengkaji secara mendalam menyebabkan penilaian terhadap tema Kembara Amira berbagai-bagai. Mungkinkah aku perlu bertindak? Entah...

Lebih menarik ada blog memberi komen terhadap nama aku! Nama samaran aku ialah Amer Hmzah L.Kadir dan nama di dalam kad pengenalan Amer Hmzah B. L.Kadir.

Selasa, 4 Januari 2011

Tahniah Ifa!

Tahniah untuk Haifa setelah mendapat 5A dalam UPSR kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. Masih ingat permintaan puteri ketiga ini semasa berada di Makkah agar doakan dia mendapat 5A. Alhamdulilah dan seperti biasa permohonan ke asrama penuh tidak berjaya. Memang anak guru tidak akan merasa sekolah berasrama penuh kecuali jika ada campur tangan ajaib! Teruskan perjuanganmu puteriku. Tahniah