Novel Kembara Amira mula menguji medan pengetahuan guru dan pelajar. Aku cuba meninjau pendapat dan komen dalam blog ( terima kasih kerana komen-komen itu ) dan ternyata novel ini benar-benar menguji medan. Apatah lagi buku-buku komersil yang berlambak di pasaran yang mengupas novel ini untuk memudahkan pelajar. Dalam pada aku tertanya-tanya ' perlukah aku masuk campur?'. Tema merupakan medan yang paling menguji kerana setiap blog dan setiap buku rujukan komersil aku lihat berbeza-beza, berbagai-bagai dan aku rasa ada yang kena dan lebih malang tema yang diberi tersasar jauh. Mungkin kerana persediaan yang tergesa-gesa atau penulis upahan begini biasa tidak mengkaji secara mendalam menyebabkan penilaian terhadap tema Kembara Amira berbagai-bagai. Mungkinkah aku perlu bertindak? Entah...Lebih menarik ada blog memberi komen terhadap nama aku! Nama samaran aku ialah Amer Hmzah L.Kadir dan nama di dalam kad pengenalan Amer Hmzah B. L.Kadir.