Jumaat, 12 Disember 2008

AL FATIHAH

Untuk makluman, bonda tersayang Che Zan Bt Darus telah kembali ke rahmatullah pagi 10 Disember 2008 ketika berada di Arafah. Kami menerima berita tersebut sekitar pukul 4.27 petang waktu Malaysia dan pengesahan dibuat oleh Tabung Haji mengatakan bonda menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.00 pagi waktu tanah suci. Jenazah dikebumikan di Makkah. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa allahyarhamah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Terima kasih kepada mereka yang menghubungi saya dan usaha menyampaikan ucapan takziah dan kata-kata untuk melunakkan perasaan yang lara. Semoga keikhlasan ucapan-ucapan itu menguatkan lagi persahabatan yang telah tersedia terjalin. InsyaAllah.

2 ulasan:

sahabat berkata...

Salam Takziah drp kami sekeluarga. Semoga tabah menghadapi kehilangan yang tersayang kerana Allah lebih menyayangi.

Moga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t. dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Amin.

Unknown berkata...

Terima kasih atas kesudian saudara berkongsi doa dan lara.