Cerita kawan aku ini menyebabkan aku ketawa walaupun kawan aku itu nampak marah-marah. Semua ini gara-gara suatu pertandingan mendeklamasi sajak peringkat daerah baru-baru ini. Kekalahan sudah menjadi adat tetapi nampak sangat betapa lekehnya pihak penganjur apabila aku mendengar kisah yang berlaku. Jadi aku gunakan satu tajuk yang panjang untuk menggambarkan secara mudah kisah yang mungkin menjadi salah satu faktor kekalahan ayam tambatan kawan aku ini dalam pertandingan tersebut.
Kisahnya ketua hakim adalah suami kepada salah seorang ahli panel hakim. Anak ketua hakim turut bertanding, begitu juga anak tiri ketua hakim ( anak salah seorang ahli panel hakim pertandingan - sebetulnya janda dengan beberapa orang anak ) dan seorang peserta lagi adalah adik tiri ketua hakim. Ahh... jadi kelam kabut nampaknya. Aku tidak bertanya pula siapa yang menang!

3 ulasan:
sahabat, aku rasa hakim le yang menang.. he..he..
Ya sheikh,
Bukankah pelik begitu. Sau keluarga dengan jumlah yang besar terlibat dalam satu pertandingan begini. Itupun aku tahu selepas tamat pertandingan. Apapun sudah pasti ada yang tidak kena...
Tuan, ini bukan kisah Norman Hakim kan?
Catat Ulasan