Mungkin sehari dua ini berita sukan akan menyentuh kejayaan besar dua orang pelumba trek sukan berbasikal negara. Ini gara-gara kemenangan yang memang telah diduga berdasarkan prestasi kedua-dua pelumba sebelum ini. Azizulhasni Awang (Dungun) dan Rizal Tisin (Klang) berjaya mencipta nama setelah memenangi acara trek Kejohanan Trek Dunia Puszow, Poland beberapa har yang lalu. Jadi secara peribadi aku ingin mengucapkan tahniah kepada mereka berdua kerana selama ini terlalu sedikit atlit Malaysia memenangi sebarang acara pada peringkat dunia.
Jadi Azizulhasni dan Rizal telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang bersaiz kecil mampu mengalahkan atlit luar yang mempunyai saiz badan yang lebih besar. Mereka berdua telah menguburkan mitos yang sering menjadi alasan kekalahan atlit negara sebelum ini. Cuma aku tertanya tanya, adakah mana-mana negeri akan menganugerahkan sebarang pingat yang memberi gelaran 'datuk' untuk dua orang atlit ini? Ini sejajar dengan anugerah yang diberi kepada atlit badminton dan skuasy atau lebih teruk lagi kepada pelakon Bolllywood! Lebih manis juga jika ada mana-mana syarikat besar negara menawarkan pekerjaan tetap untuk Rizal Tisin sebagai menghargai pengorbanan yang telah beliau lakukan. Harapan rakyat Malaysia; mungkin tidak mahu kejayaan atlit ini akan terus menjadi sejarah sukan berbasikal yang pernah melahirkan beberapa tokoh terkenal sebelum ini. Tidak perlu melahirkan ribuan Azizul atau Rizal jika mereka hanya sekadar berada di tempat terakhir setiap kali berlangsung pertandingan.
2 ulasan:
mereka sudah dpt pingat yang amat berharga... yang didapati dengan jerih payah
Sdr Kholid,
Aku rasa seperti ada pilih kasih setiap kali penghargaan diberikan kpd seseorng. Sama juga yg diamalkan di tempat kerja kita. Kadang kala berlumba2 dan kadang kala bisu seribu bahasa. Mereka pekakkan telinga dan butakan mata! Aku harap atlit sebegini memiliki daya juang yg tinggi dan mungkin bukan niat awal mereka utk dihargai dgn begitu cara.
Catat Ulasan