Ada sesuatu yang enak apabila mendengar kata-kata itu terutama dari seorang yang baru mendapat 'tuntutan perjalanan' atau pengedar kopi kuat yang semakin kembung poket seluarnya akhir-akhir ini! Jadi apa tunggu lagi - jom! Teh yang berbuih, roti canai yang semakin nipis dan ringan dan disudahi dengan sebatang rokok. Sempurna. Tapi cuba rasa teh yang berbuih dan amat manis dan asap rokok yang disedut. Bukankah itu enak?
Cuba lihat reaksi kawan anda apabila anda yang belanja mereka. Jika anda makan roti canai kosong, dia hendak roti canai 'jantan'. Anda minum teh, dia pesan nescafe. Jika anda hirup sup tulang, dia bantai sup ekor. Jadi begitulah suasana yang anda hadapi tetapi anggaplah semua itu sedekah kerana anda sudah pasti ikhlas. Atau mungkin niat ikhlas itu terpesong ketika anda menerima bil! Mungkin juga dia sempat menyapu rokok anda dua-tiga batang, kemudian anda tersengeh membayar dan dia berlalu pergi sambil sendawa!
Tapi bukankah mereka semua rakan baik anda? Ahh...lebih baik belanja anak bini!
1 ulasan:
Kawan ada pelbagai jenis kawan.
Ada kawan bawa bahagia, ada kawan bawa derita.
Tapi bagi aku, kalau dah bawa derita kepada kawannya, dah terkeluar drp senarai kawan namanya tu.
Kawan yang suka PAU kawan... apa punya jenis kawan tu... Kalau asyik2 kita je yang belanja... dia jadi tukang lantak dan sendawa ja... Kalau time kita belanja, nak tempat2 ada klas belaka.. kena time dia nak kena belanja, cari warung ja goreng pisang ja.. nak dekat la.. nak cepat la... dan segala macam helahnya.
Berhati-hati dalam memilih kawan. Berkawan dengan hanya yang layak dipanggil kawan. Kalau yang menyusahkan, memfitnahkan, menderitakan... yang makan kawan, minta mintalah dijauhkan.. kerana itu bukan kawan yang sebenarnya.
Catat Ulasan