Kami gunakan kesempatan mengunjungi Kilim Ecopark yang amat menarik dan sempat merasa 'gayat' kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cinchang.
Melihat anak-anak dan anak saudara yang seronok menjelajah keindahan pulau lagenda ini, aku rasa pelaburan dalam aktiviti ini berbaloi. Terima kasih untuk adik ipar yang sanggup menerima kunjungan kami dengan ucapan terima kasih daun keladi...
Rasa penat setahun bekerja dan setahun anak-anak berhadapan dengan buku dan tuisyen, berbayar. Mungkin tahun depan projek ke Melaka akan tercapai.
2 ulasan:
waa... best la dpt p jalan2 kat Langkawi. Dah lama aku tak p sana. P pekena nasi gulai kawah besar pun best.
Ya sahabat... zaman sekarang jangan percaya sangat. Kadang-kadang gulai kawah tu dimasak dengan periuk kecil, kemudian tuang dalam kawah besar bagi panas. Jadi kita hairan tak rasa bau kawah...kena tipu macam bazar Ramadhan tu...bila nak balik Kedah?
Catat Ulasan