Kurma,Kurma,Kurma ( 8 Ramadan ) - Jika dulu kita makan buah kurma yang melekat,berketul-ketul; kadang-kadang ada cicak atau lipas mati. Sekarang kurma menjadi tanda mewah keluarga waktu berbuka. Kurma segar bertangkai, kurma berendam madu, kurma berisi badam dan seribu satu jenis kurma dengan harga yang tidak dijangka. Aku turut ikut budaya ini dan harap Allah ampunkan aku...
2 ulasan:
Bagus amalan memakan kurma ni.
Kelebihan Kurma:
1.Jus kurma penawar mujarab untuk mengatasi masalah insomnia.
2.Bagi yang batuk2,kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
3. Kurma kaya dengan zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin.
4. Rasulullah pernah bersabda:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.
Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)"
5.Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
6.Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
7.Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Jom makan kurma!.
Terima kasih sahabat, memang benar kurma sudah terbukti keberkatannya, cuma aku takut riak dan takabur setiap kali mengunyah buah kurma yang berharga seperti emas itu. Apapun terima kasih dengan maklumat yang sarat itu.
Catat Ulasan