Musafir ( 7 Ramadan ) - Sudah 11 minggu aku bermusafir sewaktu hujung minggu. Minggu lepas aku ber'Jumaat' di sebuah masjid yang luas, bersih tetapi malangnya gangguan budak-budak yang belum baligh begitu ketara. Dari sebelum khutbah hingga habis doa, aku hairan di mana bapa-bapa mereka...
6 ulasan:
Sebenarnya tak salah kalau khatib tegur anak2 yang bising tersebut, tapi sebab tak ada dalam teks, takut salah pula.
Blog muda nampak Cikgu Amer. Blog muda, jiwa muda!
Terima kasih syeikh;
Cuma aku hairan mana bapa-bapa mereka yang seharusnya membimbing. Mereka perlukan asuhan dan yang aku hairan kenapa tidak ditegur. Aku rasa semua jemaah hari itu benar-benar terganggu, syeikh. Mampukah bapa-bapa mereka menanggu beban aibat gangguan oleh anak-anak mereka?
Apapun syeikh, aku ingin ucapkan "Selamat Berpuasa dan Selamat Mengunjungi Biblioholikafe".
kalau tak silap, 2 minggu lepas.. ketika solat.. ada kanak kecil berlari sepanjang saf dihadapanku..
dua tiga kali dia berlari ketika jamaah sedang bersolat... tak lama lepas tu, dengar anak kecil tu menangis dgn kuat...tak pasti sebabnya..mungkin kena *&^%^& agaknya...
bayangkan ketika semua jamaah sedang membaca tahiyat akhir... keadaan sunyi.. jelas kuatnya bunyi tangisan dr anak kecil ini...
Lepas jamaah memberi salam, ada suara kedengaran "Mana bapa budak ni ha???"
Aku juga ada anak kecil. Moga dijauhkan Allah dari situasi ini..
Sahabat,
Siapa yang bersalah? Mendidik anak mendekati masjid adalah tanggungjawab ibu bapanya. Tetapi perlu ada kaedah agar barakah sampai ke dalam sanubari anak-anak kita. Kawal mereka agar menghormati jemaah yang lain. Itu juga satu didikan, betulkan sabahat?
Itulah.. kadang2 objektif baik kita tidak berhasil, malahan menjadi sebaliknya disebabkan cara perlaksanaan yang tidak menepati...
Sahabat;
Anak harus belajar ke masjid. Dekatkan jiwa mereka dengan masjid/surau. Ibu bapa tidak boleh lepas tangan begitu saja.
Catat Ulasan