Ahad, 6 Mac 2011
Memenuhi Undangan
Isnin, 24 Januari 2011
Kembara Amira Menguji Medan
Novel Kembara Amira mula menguji medan pengetahuan guru dan pelajar. Aku cuba meninjau pendapat dan komen dalam blog ( terima kasih kerana komen-komen itu ) dan ternyata novel ini benar-benar menguji medan. Apatah lagi buku-buku komersil yang berlambak di pasaran yang mengupas novel ini untuk memudahkan pelajar. Dalam pada aku tertanya-tanya ' perlukah aku masuk campur?'. Tema merupakan medan yang paling menguji kerana setiap blog dan setiap buku rujukan komersil aku lihat berbeza-beza, berbagai-bagai dan aku rasa ada yang kena dan lebih malang tema yang diberi tersasar jauh. Mungkin kerana persediaan yang tergesa-gesa atau penulis upahan begini biasa tidak mengkaji secara mendalam menyebabkan penilaian terhadap tema Kembara Amira berbagai-bagai. Mungkinkah aku perlu bertindak? Entah...Lebih menarik ada blog memberi komen terhadap nama aku! Nama samaran aku ialah Amer Hmzah L.Kadir dan nama di dalam kad pengenalan Amer Hmzah B. L.Kadir.
Selasa, 4 Januari 2011
Tahniah Ifa!
Khamis, 23 Disember 2010
Serigala Penjaga Biri-biri
Semasa di sekolah rendah dulu, guru sering menceritakan kisah seorang budak yang sering menipu biri-birinya diserang serigala sehinggalah biri-birinya benar-benar dibaham serigala dan tiada siapa lagi mempercayai jeritannya. Tetapi hari ini aku berhadapan dengan seekor serigala yang tugas hakikinya menjaga biri-biri.Beberapa ekor serigala jadian mula menggunakan kuasa pinjamannya untuk bertindak sesuka hati. Hari ini aku menjadi mangsanya. Aku mendapat berita bahawa aku ditukarkan ke tempat baru tanpa mengisi sebarang borang pertukaran. Serigala jadian ini aku kenal kerana itu aku khuatir dia diberi kuasa untuk menjaga sekawan biri-biri! Inilah masanya untuk dia membaham.Rabu, 20 Oktober 2010
Alhamdulillah - Menjadi Tetamu Allah
Alhamdulillah, mulai 30.10.2010 hingga 12.12.2010 saya dan isteri bakal menjadi tetamu Allah apabila dijemput mengunjungi tanah haram bagi melakukan kerja haji. Semua persiapan telah hampir siap dan hanya menunggu saat bertolak ke Kelana Jaya, sebelum berlepas dengan penerbangan KT70 dari KLIA. Doa dan harapan menggunung semoga diberi kesihatan yang baik agar pekerjaan ibadah dapat disempurnakan, agar menjadi tetamu istimewa dan yang paling diutamakan haji yang mabrur. Dalam setiap pekerjaan sudah pasti muncul dan datang dengan tanpa diduga, dugaan dan cabaran. Alhamdulilah sehingga saat ini, semua dugaan dan cabaran dilalui dan ditempuhi dengan penuh sabar. Tetamu saling mengunjung dan paling tersentuh setiap jabat tangan sebelum pulang, mereka dengan ikhlas menyelitkan buah tangan. Sesuatu yang tidak aku duga dan insyaAllah wang tersebut akan dibelanjakan dengan sebaik mungkin dengan iringan doa semoga mereka dimurahkan rezeki. Ada yang minta sampaikan salam buat Rasulullah, tidak kurang minta doakan agar mereka menjadi tetamu Allah suatu ketika nanti dan ada yang berbentuk peribadi.InsyaAllah semua harapan itu akan cuba aku laksanakan. Maafkan aku sekiranya pengunjung blog ini tersinggung, tidak mendapat apa yang diharapkan atau tersentuh. Lantas blog ini akan bercuti sepanjang tarikh tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)