Khamis, 18 Jun 2009

Akhirnya Mendapat Undangan Hadiah Sastera

Akhirnya aku mendapat undangan dari pihak yang menganjurkan Hadiah Sastera 2009. Dan seperti tahun lepas juga kad undangan itu aku terima dua hari selepas tarikh pengesahan untuk hadir atau tidak. Jadi aku ingin ucapkan terima kasih kepada sekretariat yang menganjurkan Hadiah Sastera 2009 kerana masih sudi menjemput aku. Terima kasih banyak-banyak dan ber'daun keladi'.

Juga aku ingin ucapkan tahniah kepada Kumpulan Utusan, Exxon Mobil dan mungkin juga Astro (rakan penyiar) kerana masih sungguh-sungguh berusaha memartabatkan karya sastera negara.

Selasa, 2 Jun 2009

Apabila 'Kuli' Menjadi 'Tokeh'!

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi apabila seorang pekerja berlagak sombong seolah-olah dia adalah tokeh? Mungkin sudah ribuan kali anda berhadapan dengan situasi begini, cuma anda tidak mempedulikannya. Setiap kali kita berurusan di kaunter pasar raya besar, stesen minyak, lobi hotel, meja makan nasi kandar atau warung kecil, kaunter bank dan seribu satu macam urusan yang kita lakukan sepanjang usia kita hingga kini, kita berhadapan dengan manusia kecil tanpa jiwa tetapi berlagak seperti tokeh kaya.

Setiap kali kita membayar wang di pasar raya besar, adakah pekerja memberi senyuman kepada kita sedangkan barang yang kita beli itu mencapai harga ratusan ringgit. Bukankah sebahagian kecil daripada wang itu digunakan untuk membayar gajinya? Begitu juga pelayan restoran yang sering menunjukkan reaksi kurang senang dengan kehadiran kita kerana dia terpaksa bekerja dan bukannya duduk saja sambil mendapat gaji buta! Pelayan kaunter stesen minyak begitu juga. Berapa kali dia ucapkan terima kasih kepada pelanggannya. Di plaza tol, kita mendapat layanan yang sama.

Cuma satu persoalan yang bermain di kepala aku : betapa manusia sekarang tidak pernah bersyukur!

Ahad, 31 Mei 2009

Chin Peng : Harus dibicarakan!

Tanpa ribut dan taufan, tiba-tiba seorang lelaki mencadangkan agar manusia paling keji di Malaysia, iaitu Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini. Entah syaitan mana yang merasuk lelaki ini atau mungkin juga dia mendapat mimpi tentang lelaki kejam hingga dia sanggup mencadangkan agar ketua komunis ini dibenarkan pulang atas alasan simpati dan atas dasar kemanusiaan. Aku menjadi hairan dan tersentak, kenapa dalam situasi begini, seorang ahli politik begitu sanggup mengeluarkan kenyataan begitu. Bukankah Chin Peng terkenal sebagai pembunuh dan seeloknya Malaysia mendakwa lelaki keji itu atas kesalahan jenayah perang dan bukannya membenarkan dia pulang ke negara ini.

Bagaimana perasaan mereka yang berjuang menentang komunis jika lelaki keji ini dibenarkan pulang dan mungkin juga disanjung oleh manusia keji yang memang terdapat di negara ini sekarang. Sanggupkah kita mengguris perasaan pejuang-pejuang negara hanya kerana seorang lelaki tua yang pernah menyembelih orang kampung, membunuh anggota polis dan tentera dan rata-rata mereka adalah orang Melayu? Orang yang mengeluarkan cadangan ini bukan buta sejarah tetapi hanya mahu menguji kesabaran orang Melayu! Dan bagi diri aku ujian ini akan berterusan jika orang Melayu terus bertelagah sesama sendiri.

Isnin, 25 Mei 2009

Catatan Tentang Manusia Kejam

Dalam sejarah dunia muncul sejumlah besar manusia kejam dan zalim. Dari catatan sejarah terawal sudah tersenarai manusia kejam. Bangsa Yahudi terus-terusan melaksanakan kekejaman terhadap orang Islam hanya kerana pegangan karut mereka bahawa mereka adalah 'bangsa pilihan'. Begitu juga kaum Jahiliah ketika Nabi Muhammad SAW memulakan dakwah. Sementara dalam catatan sejarah moden, sudah pasti kita tidak dapat melupakan Adolf Hitler, Hirohito, Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic, Pol Pot dan Bush ( anak beranak ). Mungkin ramai lagi individu yang tidak disenaraikan di sini. Mereka berfungsi sebagai mesin yang membunuh dan menghapuskan manusia kerana isu agama dan bangsa.

Cuma aku ingin bertanya adakah di tempat kerja anda ada manusia kejam yang suka menikam dari belakang atau memijak kepala anda untuk naik ke atas? Penilaian anda akan menentukan jawapan persoalan ini.

Selasa, 19 Mei 2009

Protes! Protes! Protes!

Pagi tadi dengan rasa marah dan mungkin tidak puashati, setelah usai solat Subuh lalu membelek almari pakaian. Kemudian memilih seluar berwarna hitam dan begitu juga kameja dengan warna yang sama kerana sesungguhnya aku ingin protes, protes dan protes. Kenapa? Aku tidak ingin nyatakan cuma dengan cara itu saja aku mencapai kenikmatan memprotes! Mungkin lain kali aku akan memakai tali leher berwarna merah!