Ahad, 17 Mei 2009
Isnin, 11 Mei 2009
Ketua Hakim, Isteri Hakim, Anak Hakim, Anak Tiri Hakim dan Adik Ipar Hakim.
Cerita kawan aku ini menyebabkan aku ketawa walaupun kawan aku itu nampak marah-marah. Semua ini gara-gara suatu pertandingan mendeklamasi sajak peringkat daerah baru-baru ini. Kekalahan sudah menjadi adat tetapi nampak sangat betapa lekehnya pihak penganjur apabila aku mendengar kisah yang berlaku. Jadi aku gunakan satu tajuk yang panjang untuk menggambarkan secara mudah kisah yang mungkin menjadi salah satu faktor kekalahan ayam tambatan kawan aku ini dalam pertandingan tersebut.Kisahnya ketua hakim adalah suami kepada salah seorang ahli panel hakim. Anak ketua hakim turut bertanding, begitu juga anak tiri ketua hakim ( anak salah seorang ahli panel hakim pertandingan - sebetulnya janda dengan beberapa orang anak ) dan seorang peserta lagi adalah adik tiri ketua hakim. Ahh... jadi kelam kabut nampaknya. Aku tidak bertanya pula siapa yang menang!
Selasa, 5 Mei 2009
Boikot Yang Tampak Begitu Berkesan
Sebenarnya kita semua pernah digemparkan dengan tindakan tanpa perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestine. Lantas kerana marah dan tidak berkuasa untuk membalas perbuatan mereka menyembelih penduduk Palestine, kita diseru agar memboikot semua barang yang disyaki ada kaitan dengan negara penyembelih itu. Lalu aku juga masukkan peringatan agar kita turut memboikot, terutama barangan dan premis yang ada kaitan dengan kehidupan seharian kita. Adakah semua itu berkesan?
Beberapa minggu lepas, ada rasa terdetik bahawa kempen ini walaupun tidak jelas dipandangan mata tetapi telah memberi impak kepada syarikat pengeluar barangan tersebut. Ketika aku mengisi tangki kereta aku, aku diberi keratan kertas potangan harga jika aku membeli ketul ayam goreng. Nah! Itlah kesannya. Memberi potongan harga bermakna barangan mereka kurang laku. Mereka sedang menyerang kempen boikot yang semakin sejuk dan dingin. Tetapi malangnya ketika itu aku sedar stesen petroleum berkenaaan adalah milik negara. Kenapa berlaku sedemikian rupa? Begitu juga iklan di televisen yang menunjukkan syarikat-syarikat besar makanan segera telah melancar penurunan harga. Strategi perniagaan atau sebaliknya?
Aku bersyukur kerana setiap kali menghampiri premis makanan segera, puteri-puteri aku segera mengingatkan perkataan BOIKOT!

Khamis, 30 April 2009
Sesi Membaca Satu Malam Oleh Sahabat
Untuk sahabat Hj Ismail:Terima kasih kerana menghabiskan satu malam untuk membaca semua entri dalam BIBLIOHOLIKAFE. Banyak teguran membina dan dia tegur kerana kadang kala aku agak lantang! Jadi banyak perkara yang disebut oleh sahabat ini terhadap lebih 130 catatan yang aku buat. Sahabat ini kata catatan aku agak terkeluar dari janji pertama dalam catatan aku. Untuk sahabat, sebagai manusia kita kadang kala terkeluar dari landaan dan teguran itu mungkin akan membetulkan semula perjalanan ini.
Jadi aku ingin ucapkan terima kasih dan bukannya minta maaf berkali-kali!
Jadi aku ingin ucapkan terima kasih dan bukannya minta maaf berkali-kali!
Rabu, 29 April 2009
Nilai Sekeping Kertas
Selepas marah-marah kerana WANG kelmarin akhirnya aku termenung dan asyik memerhati kertas-kertas yang bertimbun di atas meja. Terfikir kembali betapa banyaknya pohon-pohon kayu yang dikorbankan dan kemudian kertas-kertas itu dibuang begitu saja seperti tidak bernilai. Aku pernah melawat sebuah kilang kertas yang dianggap paling moden di Malaysia semasa berada di Sabah. Sedih melihat bagaimana batang-batang kayu dicincang begitu saja untuk dijadikan kertas bagi kegunaan manusia. Tetapi akhirnya aku tersenyum kerana WANG juga diperbuat daripada kertas!
Aku lipat sekeping kertas dan aku jadikan sebuah kapal terbang lalu melayang membawa harapan.
Aku lipat sekeping kertas dan aku jadikan sebuah kapal terbang lalu melayang membawa harapan.
Langgan:
Catatan (Atom)